Segalanya tentang penanaman hidroponik

Info Tanaman Hidroponik di Malaysia

Kelebihan Penanaman Hidroponik May 12, 2010

Filed under: Uncategorized — TROPICAL BIOESSENCE MARKETING @ 11:42 am
PENGGUNAAN SAYURAN YANG DIBELI DI PASAR
HARI
MINGGU
BULAN
TAHUN
RM 5.00
RM25
RM100
RM1000
PENJIMATAN PENGGUNAAN SAYURAN MENGGUNAKAN HIDROPONIK
4 SET HIDROPONIK
RM180
SETAHUN !!!!

Hubungi Saya:

Cik Ann

013-6002842

 

Pengenalan kepada Hidrokultur October 30, 2009

Filed under: Uncategorized — TROPICAL BIOESSENCE MARKETING @ 11:05 am
Tags: , , , ,

APA ITU HIDROKULTUR?

Hidrokultur (kadang-kala dipanggil budidaya hidroponik atau budaya kultur) ia adalah sistem penanaman tanpa menggunakan tanah tetapi membolehkan pokok tanaman hidup di dalam air. Ianya biasanya digunakan untuk tanaman di dalam rumah atau di pejabat. Hidrokultur amat mudahn dijaga berbanding dengan tanaman yang ditanam di atas tanah. Pada masa yang sama, ianya memberi jaminan kesihatan udara yang lebih baik di samping kecantikan di dalam kawasan tertutup. Ini adalah kerana penanaman hidrokultur memberi kelebihan kepada tumbesaran tanaman.

Perkataan hidrokultur adalah meliputi kepada hidroponik seperti yang diamalkan untuk tanaman hiasan yang lain. Di negara eropah, kaedah ini telah digunakan secara meluas. Ianya juga dikenali sebagai sistem hidroponik pasif. Tanaman tropika boleh membesar dengan baik dalam sistem ini termasuk juga tanaman yang lain. Dalam sistem hidrokultur, tanaman menunjukkan tumbesaran daripada air dan garam mineral yang terdapat dalam air sebagai asas untuk tumbesaran.

TAHUKAH ANDA???

STATISTIK MENUNJUKKAN KEBANYAKKAN KITA MENGHABISKAN MASA 22JAM SEHARI DI KAWASAN TERTUTUP(DALAM BANGUNAN)

Kita menghabiskan masa di kawasan tertutup iaitu:

8 jam bekerja

7 jam di rumah

7 jam di tempat tidur

Statistik Ini Menunjukkan Betapa Pentingnya kesihatan udara Di Kawasan Tertutup Untuk Jaminan Kesihatan Yang Lebih Baik.

____________________________________________________________

MENGAPA HIDROKULTUR PENTING?


TAHUKAH ANDA?

Berdasarkan kajian NASA, Kebanyakkan bangunan sekarang menyumbang kepada sindrom bangunan sakit (sick building syndrome) 

Kajian yang dilakukan oleh NASA ini menunjukkan bahawa kebanyakkan bangunan sekarang ini menyumbang ke arah bangunan sakit yang disebabkan oleh pokok plastik, barangan elektrik, dan elektronik kerana ianya mengeluarkan bahan kimia seperti formaldehyde, carbon dioxide. Ini akan memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia.


DO YOU KNOW??

Tanaman hidrokultur meningkatkan kualiti udara di dalam rumah anda. Analisis yang dilakukan dari universiti dan NASA menunjukkan bahawa udara di dalam bilik 30 meter persegi boleh dibersihkan dengan 3-6 pokok hidrokultur sebagai pembersih udara semulajadi (1-2 pokok untuk bilik  bersaiz 100 kaki.

______________________________________________________

MEMULAKAN HIDROKULTUR?


Ianya sangat mudah, cuma sediakan peralatan-peralatan berikut:-

1. Pokok Hidrokultur

Semua jenis tanaman adalah sesuai untuk hidrokultur. Tetapi tanaman yang paling sesuai adalah tanaman hiasan atau tanaman tropikal atau yang biasa dipanggil tanaman hijau. Contohnya aglaonema, dieffenbachia, pothos, philodendron dan sebagainya. (Source: http://waterroots.com/theplants.htm)

2. Balang kaca

Balang kaca haruslah sesuai dengan tanaman yang anda akan letakkan dalam balang kaca tersebut.

3. Baja cecair

Baja cecair adalah yang terpenting dalam senarai ini kerana baja cecair membantu tumbesaran akar dan pokok hidrokultur itu di dalam air. Di samping itu, ianya menyediakan nutrien penting kepada tanaman tersebut.

Bagaimana memulakan penanaman dengan hidrokultur?

1. Alihkan tanaman dari pasu.

step one [320x200]

2. Berhati-hati membuang tanah daripada akar tanaman tersebut. Basuh akar sehingga bersih.

step three [320x200]step six3 [320x200]

3. Letakkan pokok tersebut di dalam balang kaca. Jika pokok tidak dapat berdiri dengan stabil, letakkan batu kecil di dalam balang kaca.

step eight [320x200]step thirteen [320x200]

4. Sediakan baja cecair. Cuma tambahkan 2 liter air dengan satu penutup penuh baja cecair GreenEden 125ml/500ml

step nine [320x200]step eleven [320x200]

5. Masukkan bancuhan baja cecair itu ke dalam balang kaca dan masukkan pokok hidrokultur pilihan anda di dalamnya. Pastikan akar tidak terendam sepenuhnya untuk memudahkan akar bernafas dengan baik.

nganbgeuh [320x200]

___________________________________________________________

Cubalah Baja Cecair GreenEden kami dan mulakan hidrokultur anda sekarang! 

MVC-029F [320x200] MVC-011F [320x200]

RM10.00                       RM20.00

Berminat? Hubungi pejabat  Hp: 013-6002842 (Cik Ann) untuk membuat tempahan dan pertanyaan atau email ke kazzponik@yahoo.com

 

Pengedar Hidroponik Baru October 29, 2009

pengedar baru

Tahniah kepada pengedar-pengedar baru kami dan anda juga berpeluang menjadi pengedar seperti mereka cuma hanya dengan RM500 sahaja dan anda akan mendapat 1 banting percuma, cd penanaman percuma serta 50 keping pamphlet secara percuma! Hubungi kami di 013-6002842  (Cik Ann) untuk sebarang pertanyaan.

 

PENANAMAN HIDROPONIK TAKUNG October 2, 2009

Filed under: Uncategorized — TROPICAL BIOESSENCE MARKETING @ 10:29 am
Tags: , , , , ,

HIDROPONIK TAKUNG BAGI SAYUR-SAYUR, BUAH DAN BUNGA

Penanaman secara hidroponik ialah satu kaedah menanam tanpa menggunakan tanah. Selain daripada sayur jenis berdaun, sayur jenis buah dan pokok bunga boleh ditanam secara hidroponik. Kaedah ini memerlukan larutan zat makanan di dalam takungan yang berisi air. Kesuburan pokok dan hasil yang berkualiti bergantung kepada baja yang digunakan, benih yang elok dan juga cahaya matahari yang cukup.

Kaedah penyediaan dan peralatan yang diperlukan:
Takung Hidroponik

Takung hidroponik hendaklah tidak telus cahaya, tidak serap panas dan tidak berkarat. Disyorkan supaya digunakan takung plastik berukuran 15 cm tinggi, 52 cm panjang dan 26 cm lebar yang dilengkapkan dengan penutup polistirena yang berlubang serta bakul-bakul semaian.

Penutup Takung/ Penutup Polisterin

Penutup takung diperlukan untuk melindungi larutan baja dari terkena sinaran matahari serta kemasukan air hujan yang akan mencairkan larutan baja. Bahan yang sesuai sebagai penutup adalah kertas tebal, plastik atau polistirena. Penutup hendaklah mempunyai lubang-lubang yang dibuat khas untuk meletakkan bakul semaian. Jarak lubang adalah bergantung kepada jenis tanaman.

Bakul Semaian

Plastik kecil yang berlubang diletak pada lubang-lubang di penutup takung. Benang atau perca-perca kain dari jenis yang boleh menyerap air diletakkan di dalam bakul semaian sebagai media percambahan biji benih. Juntaikan perca kain atau benang tersebut melalui lubang-lubang dinding bakul sumbu supaya dapat meresap larutan air baja.

Penyediaan Larutan Baja Hidroponik

Gunakan baja hidroponik komersil dengan kadar yang disyorkan pada label. Baja ini boleh dibeli dari kedai-kedai pembekal baja swasta tertentu. Air paip atau air tangki yang digunakan untuk penyediaan larutan baja hendaklah yang telah lama tersimpan kerana ianya bebas dari klorin. Air hujan juga boleh digunakan.

Menyemai

Semai sebanyak 2-4 biji benih ke dalam satu bakul semaian. Tinggalkan kepada 1-2 pokok sebakul seminggu selepas benih bercambah. Elakkan benih dari terendam dalam larutan.

Penjagaan

Letakkan alat hidroponik di bahagian patio atau balkoni rumah yang terlindung dari hujan dan mendapat sinaran matahari sekurang-kurangnya separuh hari. Pastikan takung terlindung dari air hujan. Kawalan serangga / penyakit boleh dibuat dengan membuang bahagian yang diserang atau menangkap perosak dengan tangan. Jika perlu semburkan dengan racun perosak tanaman. Elakkan semburan racun kimia sekurang-kurangnya satu minggu sebelum memungut hasil.

Perhatian

Pastikan ada ruang udara pada pangkal pokok dan permukaan air untuk pernafasan akar. Gunakan media dal larutan yang baru untuk setiap penanaman. Basuh dengan sempurna takung, penutup dan bakul media selepas setiap penanaman.


Kaedah ini adalah salah satu cara tanaman yang paling senang, murah dan juga mudah dilaksanakan. Semua golongan masyarakat yang berminat boleh mencuba dan tidak memerlukan kawasan yang luas. Ia boleh dibuat sebagai hobi atau jika dibuat besar-besaran, sistem ini boleh memberi hasil yang lumayan kepada petani-petani dan juga suri rumah.
Sayur-sayuran yang ditanam dengan cara ini segar, bersih dan rasanya manis. Ia boleh juga dimakan segar kerana kurang penggunaan racun. Selain dari sayur-sayuran kaedah ini juga boleh digunakan untuk menanam bunga-bungaan. Bunga-bungaan dan sayur-sayuran yang dihasilkan didapati berkualiti dan bermutu tinggi.

 

HIDROPONIK ASAS AEROPONIK August 27, 2009

Aeroponik berasal dari perkataan aero yang membawa maksud udara dan ponosyang bermaksud daya atau kerja. Aeroponik disimpulkan  sebagai kaedah memberdayakan udara. Aeroponik merupakan suatu sistem hidroponik yang menggunakan udara sebagai media utama dan mendapatkan nutrisi & air melalui kabut (mist/fog) buatan. Teknik ini menempatkan tanaman dimana akar diposisikan tergantung diudara dan di tampung oleh styrofoam. Nutrisi diberikan dengan cara pengkabutan secara merata di daerah sistem perakaran.Akar tanaman yang tergantung akan menyerap larutan nutrisi tersebut.

Aplikasi utama dalam sistem aeroponik adalah tekanan (pressure) yang dihasilkan oleh selang saluran. Tekanan tinggi pada selang saluran akan menghasilkan butiran air berbentuk kabut. Permasalahan utama untuk teknik aeroponik pada umumnya adalah tekanan yang dihasilkan di selang saluran adalah kurang tinggi sehingga butiran air yang terbentuk adalah kasar. Semakin kecil butiran air maka permukaan butiran air semakin luas dan meyebabkan kandungan udara semakin banyak. Semakin banyak kandungan udara di permukaan wap air, maka kemungkinan penambatan O2 oleh butiran air semakin meningkat.

Aeropononik merupakan kaedah penanaman yang sangat efektif kerana ianya dapat menghasilkan butiran cairan halus (droplet) dalam bentuk wap air yang mempunyai kelebihan seperti lebih mudah diserap oleh tanaman. Media perakaran yang paling efektif adalah media yang mampu menyediakan dan mengirim O2 paling banyak ke perakaran tanaman. Tanah padat menyediakan 20-30 % O2 untuk akar. Media tanaman kombinasi tanpa tanah menyediakan hingga 50 % O2 dan hidroponik 80% untuk akar. Maka, aeroponik dengan langit sebagai batas memungkinkan akar memperoleh O2 hingga 99%. Inilah alasan mengapa pertumbuhan tanaman aeroponik lebih pesat daripada tanaman yang menggunakan kaedah konvensional.

Pengabutan nutrisi yang optimis diberikan secara langsung kepada akar tanaman sehingga akar dapat menyerap nutrisi dengan lebih mudah. Sisa nutrisi yang tidak menempel di akar akan kembali lagi ke larutan yang ada dibawahnya, dan akan dilarutkanlagi.

Sistem aeroponik dapat meningkatkan pertumbuhan hingga 10 x lebih cepat pada beberapa tanaman semusim berbanding dengan kaedah tanaman yang menggunakan kawasan tanah. Penghasilan pertumbuhan yang pesat adalah disebabkan oleh akar intensif memperoleh larutan nutrisi yang kaya DO dan nutrisi juga menyerap dalam sistem perakaran tanaman secara langsung tanpa media perantara. Pada kebiasaanya, sistem tanaman konvensional akan menyerap nutrisi beserta kandungan bacteria dalam sistem perakaraan. Kecepatan penyerapan nutrisi melalui kaedah tanaman aeroponik adalah mampu mencapai sehingga 135 % lebih cepat daripada kaedah hidroponik yang lain. Walau bagaimanapun sistem tanaman aeropik mempunyai kelemahannya tersendiri dimana sistem ini terlalu bergantung kepada kabut yang menghasilkan springkel. Akar tanaman ini akan lebih mudah mengering sekiranya sistem pengkabutan terganggu atau terdedah kepada udara tanpa penutup (sealed).

Perbezaan ketara antara aeroponik dan hidroponik adalah dari segi kos dan juga perlaksanaannya. Aeroponik memerlukan kos yang tinggidisebabkan alatan yang digunakan termasuk pam dan palong berteknologi tinggi. Manakala hidroponik adalah asas kepada aeroponik hanya memerlukan kos yang rendah tanpa kos pam dan palong.

Untuk negara malaysia beralih kepada teknologi Aeroponik, ianya memerlukan kos yang amat tinggi dan tenaga kerja yang mahir dalam pengendalian teknik Aeroponik. Oleh itu kami mencadangkan teknik Hidroponik sebagai asas teknologi pertanian dimasa hadapan. Di samping itu membuatkan rakyat Malaysia dapat memahirkan diri dalam teknologi pertanian baru iaitu tanaman tanpa tanah.

Berdasarkan pelan pembangunan sektor agro makanan  yang dirangka, seramai111,335 orang pekerja mahir dalam industri pertanian diperlukan bagi mendokong wawasan dan menjayakan misi untuk membangunkan sektor pertanian negara menjadi satu dari penjana utama ekonomi negara.

Berbeza dengan kaedah hidroponik yang memerlukan akar tanaman terendam dalam nutrien, kaedah aeroponik memerlukan ruang udara antara akar pokok dan paip yang menyemburkan nutrien dan air untuk melembapkan dan menyuburkan pokok.

Proses penanaman bermula dengan percambahan biji benih. Setelah dua hari di dalam bilik percambahan, anak pokok itu dipindahkan ke tapak semaian dan dibiarkan selama dua minggu sebelum diletakkan di atas palong di dalam rumah hijau. Di rumah hijau itu, sayur-sayur berkenaan akan dibiarkan membesar sehingga sampai masa untuk dituai.

Palong-palong di rumah hijau itu diperbuat daripada polistyrene untuk mengelak penyerapan haba. Di bahagian tengah palong diletakkan paip yang mempunyai alat semburan yang direka khas pada jarak yang tertentu.

”Alat penyembur itu akan menyemburkan nutrien dan air yang telah disejukkan ke bahagian akar tanaman pada kekerapan tertentu. Ruang yang ada antara paip dan akar tumbuhan itu membolehkan tanaman memperoleh oksigen secukupnya untuk pembesaran yang lebih cepat dan sihat.

”Semburan air sejuk itu dapat ‘menipu’ tanaman sehingga membolehkan kita menanam sayur iklim sederhana di kawasan rendah dan panas seperti di sini,”.

Dua elemen penting dalam proses aeroponik ialah air dan bekalan elektrik. Kaedah aeroponik merupakan kaedah yang paling menjimatkan air, iaitu menggunakan kira-kira 10 peratus air yang digunakan dalam kaedah hidroponik. Lebihan air semburan di palong akan dikumpulkan dan disalurkan kembali ke tempat penyejuk untuk dikitar semula dalam proses semburan berikutnya.

Dalam situasi masa dan ekonomi sekarang, adalah amat tidak sesuai untuk kerajaan Malaysia mengimplementasikan aeroponik di sebabkan kos yang amat tinggi dan oleh kerana itu kami mencadangkan agar hidroponik diperkenalkan sebagai asas kepada pembelajaran disekolah-sekolah milik penuh kerajaan dan swasta kerana kos yang rendah.


“KEMPEN MERAKYATKAN HIDROPONIK”

 

TANAMAN HIDROPONIK July 27, 2009

apa itu hidroponik [640x480]

bagaimana tumbhan bkerja [640x480]

konsep asas hidroponik [640x480]

pengenalan peralatan hidroponik [640x480]

BERTANI DENGAN HANYA TANAM-TINGGAL-TUAI 3 [640x480]

APA ITU HIDROPONIK?

Hidroponik berasal daripada perkataan Greek hydro iaitu air danponos yang bermaksud bekerja. Ia adalah kaedah bercucuk tanam dengan meletakkan akar pohon ke dalam air baja (nutrien) tanpa mengunakan tanah. Kaedah ini hanya menggunakan air dan larutan nutrien atau baja khas sebagai agen utama untuk pertumbuhan. Kaedah hidroponik sangat mudah dan menyenangkan serta tidak memerlukan kos yang tinggi untuk penyelengaraan. Hidroponik adalah kaedah tanaman yang tidak melibatkan pengeluaran peluh malahan dengan kos yang rendah pengguna dapat menjimatkan wang mereka daripada membeli sayur dari pasar yang tidak diketahui jaminannya.

SEJARAH HIDROPONIK

Mengikut sejarah, kaedah ini telah lama digunakan sejak kurun ke-16 Masihi. Taman Tergantung Babylon dipercayai telah menggunakan hidroponik ini sebagai satu kaedah penanaman tanaman. Pada tahun 1937, W.F. Gericke dari Pusat Penyelidikan Pertanian California, Amerika Syarikat telah memperkenalkan kaedah ini secara komersil. Sejak itu sistem hidroponik ini diperkembang dan diperkemaskan dengan pelbagai teknik yang direka khas sesuai untuk tujuan komersil.

KELEBIHAN HIDROPONIK

Hidroponik ini mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan sistem penanaman biasa yang menggunakan tanah seperti berikut:

  • Sistem ini boleh dipraktikkan pada kawasan yang tidak sesuai untuk penanaman secara biasa seperti tanah bertoksik, padang pasir dan lain-lain;
  • Sayur-sayuran akan cepat tumbuh dan mengeluarkan hasil yang berkualiti tinggi;
  • Bersih dan bebas daripada sebarang racun makhluk perosak;
  • Tidak perlu merumpai, menyiram dan mencangkul;
  • Penggunaan air dan baja yang terkawal dan efisien;
  • Pulangan hasil seunit kawasan bagi seunit masa adalah tinggi.

KAEDAH HIDROPONIK

Sistem Pengaliran Nutrien

Kaedah hidroponik memerlukan perbelanjaan agak rendah jika dibandingkan dengan kaedah biasa bagi mendapatkan alat-alat seperti berikut:

i) Pam air untuk akuarium.

ii) Tempat tanaman (diperbnat daripada paip PVC, dulang plastik dan bahan-bahan lain seperti kayu, papan lapis, tin besi, yang perlu dialas dengan kepingan plastik yang tebal).

iii) Tangki untuk larutan nutrien.

iv) Tenaga elektrik.

v) Pasu plastik kecil (jika perlu).

Sistem Takung

Bagi sistem takung punca peralatan berikut adalah diperlukan:

i) Takung tanaman.

ii) Penutup (diperbuat daripada polisterin, plastik).

iii) Pasu plastik kecil (jika perlu).

KAEDAH PENANAMAN

Kedua-dua sistem penanaman di atas boleh menggunakan kaedah penanaman seperti berikut:-

Cara Mengubah:

  • Semai biji benih menggunakan pasir kasar atau sabut kelapa halus
  • Keluarkan anak benih (bersihkan akar anak benih)
  • Pindahkan anak benih ke tempat tanaman (Letakkan 1-2 pokok benih untuk satu lubang tanaman. Takung tanaman hannya mengandungi air sahaja.)
  • Selepas dua hari baja separuh kepekatan dilarutkan untuk menyokong pokok
  • Selepas tujuh hari, masukkan baki baja supaya larutan nutrien mencapai kepekatan penuh

Cara Semaian terus

  • Sumbatkan benang basah dan tarik untuk buat sumbu
  • Masukkan dalam lubang tempat tanaman yang mengandungi air
  • Semaikan 2-3 biji benih atas benang basah
  • Selepas 7-10 hari, masukkan baja (kepekatan penuh) dalam air

*Larutan nutrien perlu ditambah (tertakluk kepada keperluan) sehingga hasil dituai untuk kedua-dua kaedah penanaman.


Larutan Nutrien

Kadar baja yang diperlukan untuk sayur jenis daun jika larutan nutrien disediakan sendiri adalah seperti berikut :-

BAJA BERAT (g) UNSUR KEPEKATAN (bsj)
Ammonium nitrat 75 N 300
Kalium fosfat 40 P 80
Kalium nitrat 32 K 230
Kalsium klorida 55 Ca 200
Magnesium sulfat 18 Mg 36
Besi/Ferum (Fe-EDTA) 3.29 Fe 5
Boron 0.56 B 1.0
Manganous chloride 0.18 Mn 0.5
Kuprum sulfat 0.04 Cu 0.1
Zingkam sulfat 0.05 Zn 0.1
Ammonium molybate trace Mo trace
Baja komersil (Gred)
Pertanian atau industri

  • Gred teknikal

Berita kementerian pertanian dan perikanan, januari-jun 1998, m/s 21-22

KELEBIHAN HIDROPONIK

  • Tidak memerlukan tanah sebagai media tanaman. Maka pengeluaran sayuran tetap dapat dijalankan walaupun berada di kawasan yang tidak subur, kurang sumber air, tidak mempunyai saluran baik dan kawasan tanah bermasalah
  • Tidak memerlukan sistem giliran tanaman.
  • Sayuran tumbuh dengan lebih cepat disamping pengeluaran hasil yang seragam sepanjang masa.
  • Penggunaan baja dan air yang terkawal dan ‘efficient’. Tumbuhan mendapat nutrien yang mencukupi mengikut keperluan disamping tiada persaingan untuk mendapatkan air dan  nutrien. Pembaziran baja juga tidak berlaku kerana ia tidak mengalami larut lesap.
  • Pengawalan penyakit dan proses yang cekap selain bersih dan bebas daripada sebarang racun perosak.
  • Pencemaran alam sekitar turut berkurangan berikutan penggunaan bahan kimia yang minimum.
  • Tidak memerlukan tenaga pekerja yang ramai
  • Pulangan hasil seunit kawasan bagi seunit masa adalah tinggi.

KELEMAHAN HIDROPONIK

  • Memerlukan kos awal yang agak tinggi
  • Hidroponik merupakan satu sistem tertutup. Sebarang patogen atau ketidakseimbangan nutrien akan mempengaruhi keseluruhan tanaman. Tumbuhan boleh mati dengan cepat jika sistem gagal.
  • Tumbuhan yang ditanam secara hidroponik selalunya lebih mahal daripada yang ditanam biasa
 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.